Saturday, August 3, 2013
Saturday, July 27, 2013
Tuesday, December 13, 2011
QMaths Malaysia Brochure 2012...
As-Salam Techno DAE'I semua komuniti QMaths Malaysia, ini merupakan halaman pertama yang boleh dilipat 3...
...Dan yang ini halaman ke 2 dimana borang untuk pelajar dan aperantis QMaths Malaysia telah disertakan sekali...
Wednesday, September 29, 2010
QMaths RoadShows Di Sitiawan....
Brilliant students yang mengujakan program QMaths di Pusat Tiusyen Oren Best Manjung Perak Darul Ridzuan ie MUHAMMAD FADLY BIN ABDUL RAHMAN, MUHAMMAD HAZEEM SHAH BIN ZULKIFLI DAN MUHD SHAFIQ BIN MOHD RIZAL bersama saya selepas program QMaths selama 2 hari.
Di Makmal I.C.T Sk Sg Batu Pantai Remis inilah berlangsungnya satu program transformasi dari susah kepada senang persepsi pelajar kelas tercicir tentang subjek MATEMATIK tahniah Mantan Cikgu Hindun pentadbir Sekolah Guru Besar Puan Hamidah Bt Hj Mahmud dan Pakar Kaunseling yang menawan Cikgu Azhar...
Adik Muhd Taufiq Bin Ishak pelajar tahun 5C Sk Sg Batu pantai remis perak sungguh mengujakan seluruh warga sekolah kerana mampu menyelesaikan masalah MATEMATIK tanpa menulis dan menjawab soalan dengan kepantasan yang luarbiasa...
Pelajar lelaki Sk Sg Batu pantai remis sedang khusyuk mendengar seminar qmaths bersama guru dan pentadbir sekolah...
Pakar Kaunseling Cikgu Azhar Sk Sg Batu sedang menguruskan warga sekolah dalam program Seminar QMaths...
Jelas terpancar kesungguhan dan keceriaan pelajar perempuan tahun 5 Sk Sg Batu selepas mengikuti Seminar QMaths... SENANGNYA!!!
Guru Besar Puan Hamidah Bt Hj Mahmud sedang memberikan compliment yang sangat istimewa selepas Seminar QMaths...
Keseluruhan pelajar, parents dan guru memberikan rangsangan yang positif dan mengujakan sewaktu seminar QMaths di Pusat Tiusyen ORENBEST milik Cikgu Hindun Dan Abang Zacry...
Tuan pemilik Pusat Tiusyen ORENBEST yang popular dan terkenal di manjung dengan pencapaian kecemerlangan pelajar setempat TAHNIAH TUAN ZAKRI BIN HJ MOHD CHOR...
Sedang leka berbincang cikgu maths yang hansem dan cikgu qmaths puan fuza dari shah alam bersama mentor yang hebat, always jelita dan awet muda yang menjadi idola seluruh pelajar dan komuniti di manjung. Disebalik kejayaan lelaki pasti wujudnya wanita yang unggul dan berwibawa, TAHNIAH sepasang merpati dua sejoli Abang zakri dan cikgu hindun pemilik ORENBEST...
Friday, August 6, 2010
QMaths Bersama Kelab Guru SMK Seksyen 24 Shah Alam...
Kita digalakkan menggunakan I.C.T, bahkan yang terbaik adalah menguasai I.C.T agar Misi Belajar sampai pandai serta Visi Belajar- Beramal - Ber "DAE" mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin Insya "ALLAH"
Sejarah tercipta Seminar QMaths bersama Guru SMK Seksyen 24 Shah Alam adalah seminar yang selalu akan saya ingati kerana kekeliruan saya dengan jam tangan analog saya sendiri saya fikirkan waktu tamat seminar jam 4.00pm sebaliknya saya akhiri seminar jam 5.00pm dimana saya yang asyik bermain dengan nombor telah keliru bila melihat jam analog saya sendiri ... Masya "ALLAH" ... Yang gelihatinya cikgu cikgi ingat saya bergurau wakaka...
QMaths Bersama Students Year 5 SkDTHO Kuala Lumpur...
Sessi Seminar QMaths yang mengujakan pelajar kelas i mampu menjawab soalan operasi maths tanpa menulis, hanya menggunakan akal tanpa menghafal dalam tempoh yang amat singkat 10 saat...
Walaupun ramai pelajar di sekolah yang tahap pencapaiannya masih ditahap kurang memuaskan namun mereka tetap berhak menerima pelajaran yang berkualiti demi memartabatkan ilmu - amal - DAE... Insya "ALLAH"
Thursday, July 15, 2010
QMaths And Str8a Di Shah Alam...
Di Seksyen 13 Shah Alam lokasi QMaths bermula di SIAS dengan suasana yang cukup kondusif untuk pembelajaran dan menepati dengan istilah juga peranan yang diamalkan oleh pentadbiran dan pengurusan
SEKOLAH ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN
dalam bidang akademik... Alhamdulillah amin syukron jazilan!

Parents dan anak-anak juga komuniti Shah Alam sedang tekun mendengar penerangan dari saya semasa program seminar qmaths di dewan tadika islam al-hidayah perkarangan masjid al-hidayah seksyen 18 shah alam selangor darul ehsan, pada 10hb july 2010 bersamaan 27 rejab 1431H hari sabtu jam 9.00am, ramai yang hadir dan alhamdulillah semua tetamu mendapat pengetahuan yang berguna bagaimana untuk membantu anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan khususnya matematik seawal peringkat umur 5tahun keatas insya"ALLAH".
Sokongan, jasa dan kerjasama dari principal tadika al-hidayah juga pengurusan masjid al-hidayah seksyen 18 juga komitmen ibubapa anak-anak komuniti shah alam sangat besar dan bermakna dalam memartabatkan ilmiah untuk insaniah agar peranan khalifah di muka bumi "ALLAH" yang luas ini mampu dilaksanakan dengan menyeluruh, team qmaths dengan peranan sebagai pelopor melaksanakan "techno DAE'I" kepada manusia sejagat komited untuk istiqomah dalam merealisasikan matlamat agar proses "didik" mendidik perkembangan intelek, membentuk moral dan sahsiah akhlak yang mulia serta jatidiri yang tinggi, mendidik kemantapan estetika dan membina kekuatan fizikal yang tegar...
"Insya"ALLAH"
Dengan kerjasama dari seluruh insaniah yang komited memartabatkan ilmiah dan sesungguhnya semulia insan adalah insan yang memberi manafaat kepada insan sejagat(lain), team qmaths akan terus beristiqomah untuk melaksanakan "SEMINAR PENDIDIKAN QMATHS" pada setiap masa...
For RSVP
Team QMaths Shah Alam
Teacher Yanna : +6012.923.2229
Teacher Haida : +6010.267.1119
"SALAM TECHNO DAE'I"
Thursday, July 8, 2010
QMaths - No Boundaries Sekolah Agama.
Selepas Seminar QMaths dengan parents sekolah agama, ibubapa berkerumun di kaunter urusetia untuk pendaftaran dan program aperantis...
Puan Guru Besar Sekolah Agama At-Taufiqiah sedang menyampaikan amanat kepada students dan parents...
Tuan Haji Abu Samah selaku YDP(PIBG) @ Pengerusi Sepanjang Hayat Sekolah Agama AT-Taufiqiah begitu asyik menyampaikan kepentingan ILMU - AMAL - DAE Syukron Jazilan...
Sekolah Rendah Agama At-Taufiqiah Jalan Menteri 55100 Kuala Lumpur & Tadika At-Taufiqiah juga tidak ketinggalan untuk belajar QMaths walaupun PnP di sekolah hanya berasaskan pengetahuan holistik sahaja, hakikat yang sebenar bila agenda pengetahuan dan ilmiah ianya wajib disampaikan walaupun sekolah tersebut tidak mempelajari matematik secara khusus. Pada 24hb July 2010 bersamaan 12 syaaban 1431H, hari Sabtu jam 9.00am hingga 12.00am akan berlangsung SEMINAR QMATHS bersama Ibubapa, Guru & Pelajar... Syabas Puan Guru Besar & Ketua Guru Tadika, Salam memartabatkan Ilmu...
Friday, June 11, 2010
MyTMDotBizCommunity QMaths Malaysia And QMaths Club Kids Mission & Vision...

Satu jalinan kerjasama antara MyTMDotBizCommunity dengan QMaths Kids Club akan diusahasamakan untuk kemudahan dan pembangunan akademik juga kecemerlangan jatidiri pelajar dalam menghadapi cabaran kemampuan pencapaian kualiti diri yang sebenar...
Pengukuran pencapaian yang kami bakal terapkan kepada sahsiah sikap dan kebolehan pelajar bukan hanya sekadar mencapai "distinction" yakni "A" dalam akedemik bahkan penguasaan diri terhadap sesuatu subjek yang dipelajari, sebagai contoh dalam subjek Matematik pelajar bukan sekadar mampu mencapai gred "A" dalam peperiksaan bahkan mampu menguasai setiap operasi matematik di minda dengan kepantasan dibawah 5saat walaupun soalan yang diberikan ratingnya agak sukar dan kadar kepayahan adalah tinggi... insya"ALLAH"
998 X 997 = ?????? sila jawab dibawah 5saat tanpa kalkulator!!!
1003 X 999 = ??????? sila jawab juga dibawah 10saat tanpa kalkulator !!!
23456 '/. 999 = ?? remainder ??? sila jawab dibawah 5saat tanpa operasi dan kalkulator!!!
Salam QMaths dari saya - Sam +6012-923-2229
Thursday, June 3, 2010
QMaths Bersama Students Year 6 Sk Sek20 Shah Alam...
Team Guru Kaunseling Sk Seksyen 20 Shah Alam yang cukup kreatif, dedikasi dan komited diterajui oleh Cikgu Puan Suria... Syabas dari kami untuk semua guru guru Sk Sek 20 Shah Alam kerana keperihatinan anda terhadap educations, satu lagi compliments yang saya terima dari Sk Sek20 Shah Alam... Tq & Salam Educations.
Friday, May 21, 2010
Learnings, Educations & Technology...
Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang tulus, ikhlas dan efisien adalah pedagogi yang efektif untuk dipraktikkan dan seterusnya diamalkan supaya pencapaian dan kualiti perkhidmatan mampu merangsang setiap alumni pelajar untuk mencipta kecemerlangan yang hakiki, InsyaAllah...
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)